Saturday, April 23, 2011

Astronomi dalam al-Quran


Seseorang tidak dapat memahami astronomi Islam jika ia tidak mengambil kira peranan al-Quran dalam astronomi. Al-Quran menjadi punca ilmu Islam paling ulung. Ilham daripada al-Quran menjadi penggerak yang mencetuskan kemajuan dalam astronomi. Di antara ayat al-Quran yang menjelaskan tentang langit, bumi serta cakerawala seperti berikut (maksudnya):
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan perbezaan malam dan siang adalah ayat (tanda) kepada orang yang mempunyai fikiran.” (Surah Ali-Imran: 190)
“Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda (ayat-ayat) kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui.” (Surah al-An´am: 97)

Allah telah mengistilahkan firman-Nya dalam al-Quran sebagai ´ayat´, yang bermakna ´tanda´. Allah juga telah menyifatkan penciptaan langit dan bumi serta perbezaan malam dan siang sebagai ´ayat´. Ini menunjukkan bahawa tanda Allah bukan sahaja ada dalam kitab al-Quran tetapi tanda-tanda-Nya juga terpapar di alam semesta. Sesungguhnya Islam menganggap alam tercipta ini sebagai kitab untuk dicerap dan al-Quran sebagai kitab untuk dibaca kerana kedua-dua mengandungi ´ayat-ayat´ Allah bagi manusia mengetahui, memahami serta tunduk kepada kekuatan dan kebesaran-Nya.

Al-Quran juga memberi ciri-ciri cakerawala untuk menjadi renungan manusia. Di antara ayat al-Quran yang menjelaskan perkara tersebut ialah (maksudnya):
“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari kedua-duanya itu beredar (yasbahun) dalam falaknya.” (Surah al-Anbiya: 33)
“Dan bukan matahari mendahului bulan dan bukan juga malam mendahului siang. Mereka beredar (yasbahun) dalam falak sendiri.” (Surah Yaasin: 40)
“Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya lampu dan bulan yang memberi cahaya.” (Surah al-Furqan: 61)

Dari segi astronomi, ketiga-tiga ayat di atas menyatakan bahawa matahari seperti lampu iaitu jasad yang bercahaya kerana ia terbakar, dan bulan sebagai jasad yang hanya memantulkan cahaya. Begitu juga bulan dan matahari ada falak yang berlainan. Walaupun Batlamus menyatakan bahawa matahari mengelilingi bumi, namun Kopernigk berpendapat bahawa bumi mengelilingi matahari yang tidak bergerak. Pengetahuan kemaskini mengesahkan bahawa walaupun matahari tidak mengelilingi bumi, matahari tetap bergerak dalam satu falak seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran itu. Seperkara yang perlu diteliti adalah penggunaan perkataan “yasbahuun” dalam penerangan pergerakan cakerawala. Yusuf Ali dalam terjemahan al-Quran yang dibuatnya, menterjemahkan perkataan itu sebagai “berenang”. Sesungguhnya apabila satu jasad tegar berberak bebas dalam tiga matra, seperti tatkala jasad itu berenang, jasad itu akan berputar atas paksi sendiri, meliuk dan bergerak ke tempat yang lain dan inilah satu pencirian pergerakan cakerawala yang amat tepat sekali.

Al-Quran menggunakan perkataan yang bermakna langit (´al-sama´, dan ´al-samawat) tidak kurang daripada 300 kali. Perkataan yang bererti bumi (al-ardh) digunakan tidak kurang daripada 450 kali. Di samping itu al-Quran juga merujuk kepada perkataan yang bermakna bintang, matahari, bulan, cakerawala dan buruj iaitu gugusan bintang. Pengetahuan sains moden telah dibanding dengan ayat-ayat ini.

Tidak ada pencerapan atau pengukuran sains kemaskini yang bercanggah dengan ayat al-Quran. Malahan ketepatan ayat-ayat ini, yang wujud semasa pengetahuan sains manusia masih dalam peringkat permulaan, menjadi salah satu bukti yang dapat meyakinkan setiap Muslim bahawa al-Quran berpunca daripada Pencipta yang serba mengetahui. Al-Quran bukanlah sebuah buku astronomi dan tidak boleh dikaji sedemikian rupa. Al-Quran menyatakan tentang langit, bumi serta fenomena astronomi secara umum. Kitab ini memberi peringatan kepada manusia dan menyuruh manusia menggunakan fikiran untuk mencari pengertian tentang kewujudan langit, bumi serta apa-apa sahaja yang terkandung di antara kedua-duanya seperti berikut (maksudnya):
“Apakah mereka dicipta tanpa sesuatu ataukah mereka yang mencipta (diri mereka sendiri)? Ataukah mereka telah mencipta langit dan bumi? Sebenarnya mereka tidak yakin (terhadap Allah).” (Surah Al-Tur: 35-36)

Cemuhan ayat di atas terhadap mereka yang menafikan kewujudan Pencipta hebat sekali, begitu juga ejekan tentang kepercayaan mereka yang tidak logik. Sekali lagi al-Quran menggunakan langit dan bumi untuk menekankan Pencipta dan yang tercipta (maksudnya):
“Allahlah yang meletakkan langit di tempat yang tinggi tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas ´Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan.” (Surah al-R´ad: 43)

Abul Ala Maududi menerangkan bahawa ungkapan ´menundukkan matahari dan bulan´ bermakna matahari dan bulan mengikut hukum-hukum yang ditentukan oleh Allah. Selanjutnya beliau bertanyaa, bukankah alam semesta ini, matahari, bulan, bumi serta jasad cakerawala lain merupakan satu sistem sempurna yang mengikut hukum-hukum tabii yang sama? Kata beliau, tidak ada sistem tanpa pentadbirnya, tidak akan ada hukum-hukum (undang-undang) tanpa pencipta dan penguatkuasanya dan tidak akan ada pengetahuan jika tidak ada orang yang memiliki pengetahuan itu. Beliau menekankan hakikat ini menjadi hujah tentang wujudnya Allah yang mencipta, mentadbir dan yang Maha Mengetahui alam semesta ini.
“Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah kedua-duanya itu rosak binasa.” (Surah al-Anbiya: 22)

Ayat di atas pula merujuk kepada langit dan bumi untuk menunjukkan keesaan Allah. Adalah logik sekali jika ada banyak nakhoda dalam sebuah kapal, sudah barang tentu kapal itu akan binasa.

Jelasnya, astronomi dalam Islam bukan sahaja untuk menentukan kiblat serta waktu sembahyang dan hari raya sahaja. Pengajian astronomi diperintah oleh Allah ke atas umat Islam bagi menguatkan kepercayaan / keyakinan tauhid mereka kepada-Nya.

Salah seorang sarjana astronomi Islam, a-Batani, menyatakan bahawa ilmu bintang datang selepas agama sebagai ilmu yang paling mulia dan paling sempurna, menghiasi fikiran dan menajamkan kecerdikan menuju kepada pengenalan keesaan, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT..
Wallahua’lam


Friday, April 15, 2011

hatiku terpaut pada kata-kata yang dikeluarkan oleh ustaz Abdullah Khairi td dalam khutbah Jumaat beliau...
menceritakan tentang tanda-tanda kejadian yg berlaku apabila akhir zaman...
memang benarlah kata-kata Nabi..tanda akhir zaman memang telah kita nampak antaranya Berlaku nya gempa bumi...berlaku nya benda2 yang aneh...berlakunya Fitnah-fitnah yang boleh menjatuhkan maruah seseorang...
lihatlah hari ini..betapa senang nya untuk menjatuhkan maruah seseorang..dengan hanya bercakap benda yang salah sahaja sudah mencukupi...mungkin mereka tidak mengetahui ayat Al-Quran itu adalah benar...firman Allah..: alfitnatu asyaddu minalqatlu (fitnah itu lebih dasyat dari membunuh..)...kerana apa mereka melakukan???smuanya kerana DUIT....fikir2kan lah...


hampir juga empangan mutiara ku pecah dek kerana doa yang dibaca oleh ustaz td dalam khutbahnya..
sungguh tertusuk dalam hati ku apabila perkataan AYAH DAN IBU di ungkapkan...
teringat UMI dan ABI dikampung....
apa jasa yang kita pernah buat pada mereka???
apa jasa yang kita pernah buat pada org???
apa jasa yang telah kita buat semasa kita hidup dan apabila kita mati org akan kenang??
itu lah soalan yang dilontarkan oleh ustaz tersebut..


aku terfikir sejenak....
apa yang pernah aku sumbangkan????
hmmmm....

sama-sama lah kita merenungkan nya....


inysaAllah....semoga dipermudahkan urusan olehNya....