Thursday, January 27, 2011

CinTA HakiKi

Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redhai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Justeru, untuk apa perlu menikmati cinta sebelum perkahwinan?Bimbang ia jadi tawar dan hambar. Hilang barakah, hilanglah kemanisan. Sepertimana mafhum hadis Nabi SAW:

"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka ia adalah seorang yang syahid."

(Riwayat hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain)

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin
Pasti diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
Menyibukkkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya bagi melupakanku daripada-Nya.
Hati akan terseksa dengan barah rindu.
Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
Cinta lalai akan membuatkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
Aku boleh menjadi tidak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh jiwa, akal & perasaan.
Jiwaku terganggu akan menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.
Jika aku & dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

Tips Menepis Cinta Remaja
"Kalau suka, jumpalah ibubapa. Sayangnya tiada yang berani, tanda tidak bersedia. kalau tidak bersedia kenapa hendak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan."

Seorang penyair Arab berkata:

Cinta merupkan anugerah takdir,

Pertama kali datng bak air yang tenang,

Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,

Tenggelamlah ia ke dalamnya, tak tertolong lagi.
CINTA ni kalau tidak datang lagi janganlah sesekali cari atau cuba-cuba nak dekatinya. Kerana bila mana kita sudah jatuh cinta bahananya amat besar jika tidak dijaga mengikut batas syariat Islam. Dan jika sudah terjebak dalam CINTA ni, jagalah ia sebaik-baiknya mengikut batas syariat. Kerana jika sekali kita tersilap langkah, kita akan sukar mencari jalan pulang. Natijahnya, ia akan melalaikan hati dan diri akan terbuai dengan keasyikkan CINTA. Akhirnya, hati kita akan berkarat, semakin tebal dengan titik hitam dan rosak. Apa yang paling saya risaukan jika hati kian layu & mati..Nauzubillah. Apa yang terjadi bila hati mati? Kita tidak merasa nikmat solat, tahajud mungkin bertambah kurang atau tinggalkan langsung, ilmu tidak meninggalkan kesan lagi di dalam hati. Bahayanya la penyakit hati ini. Gerun terasa di hati:(

 kata-kata Ustaz Hasrizal dalam bukunya 'Aku Terima Nikahya', sesuatu kejahatan yang kita lakukan mendatangkan keresahan dijiwa, dan kebaikan yang kita lakukan akan mendatangkan ketenangan hati.

Mindaku mula menafsir, jika kita sering was-was dan gelisah dengan sesuatu tindakan kita, bermakna lebih baik kita bermujahadah dan tinggalkannya. Namun bermujahadah ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah, ia perlukan pengorbanan yang jitu.

Marilah kita bersama-sama bermuhasabah..

"Ya Allah sesungguhnya aku sangat kerdil dan hina disisi-Mu ya Allah, Engkau tetapkanlah aku di jalan perjuangan-Mu ini, Engkau peliharalah aku dari sebarang kemungkaran dan penyakit hati ya Allah..Hanya Engkaulah Tuhan Maha Perkasa dan tempat aku berteduh mengharapkan keampunan dari-Mu. Engkau peluklah hati dan jiwaku ini dalam rahmat kasih-sayang-Mu. Aku amat dambakan cinta & kasih-sayang-Mu walaupun aku tidak layak."..amin ya rabbala'lamin.

Saturday, January 22, 2011

Rasulullah SAW bersabda: “Ada dua golongan penghuni neraka yg aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yg tangan mereka menggenggam cambuk yg mirip ekor sapi utk memukuli org lain dan wanita-wanita yg berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak punuk unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian.” (HR.Muslim)

Wednesday, January 19, 2011

……. MATAHARI & BULAN ……

 3.00-6.25 PETANG
Hujan renyai – renyai sepanjang jalan menuju Kuala Lumpur membuatkan aku kurang selesa. Titis –titis hujan memenuhi segenap cermin bas. Membentuk  seakan-akan manik-manik kecil yang cantik. Aku pula semakin kesejukan di dalam perut bas. Kesejukan yang semakin mencengkam ke tulang. Mungkin kerana cuaca di luar  yang semakin dingin. Di tambah pula dengan penghawa dingin yang sengaja di pasang dengan kuat menyebabkan aku menjadi kaku. Perjalanan yang memakan masa selama 3jam ini benar-benar membuatkan aku letih. Letih mengharungi perjalanan yang panjang.mujur, aku membawa novel kegemaranku  “ Salina” bersama. Aku isikan masa dengan membaca novel. Penumpang tidak begitu ramai. Ini membuatkan aku aman dan selesa untuk membaca. Kebanyakan penumpang lelap. Mungkin terlena kerana kedinginan cuaca di luar. Ataupun kedinginan Penghawa Dingin. Aku meneruskan pembacaan. Bas meluncur laju menuju ke destinasi. Tanpa di sedari, bas telah pun memasuki Bandaraya Kuala Lumpur. Bergerak menuju ke Hentian Puduraya. Bas bergerak perlahan memasuki hentian Puduraya. Sebaik sahaja bas berhenti,aku bergerak menyusuri penumpang-penumpang lain untuk keluar. Hujan masih lagi renyai. Aku bergegas meninggalkan Puduraya menuju ke MacDonalds yang terletak kira-kira 100 meter dari puduraya. Aku mempercepatkan langkahan. Aku bimbang pakaian akan basah kuyup. Pelanggan tidak begitu ramai ketika aku sampai. Mungkin hujan yang melanda Kuala Lumpur menyebabkan para penghuninya kurang berminat untuk keluar melakukan aktiviti rutin. Mungkin senang duduk di rumah menonton T.V. atau pun keluar menonton wayang.

6.00-7.00 PETANG
            Aku memerhatikan kesibukan kota dari dalam. Hari semakin petang. Lampu-lampu neon mula bemergelapan di sekitar kota raya. Kuala Lumpur mula bermandi cahaya. Jam menghampiri 6.45 petang. Pelanggan mula memenuhi segenap pelusuk Restoran segera. Aku masih lagi menantikan kehadiran seseorang.seseorang yang pernah mewarnai hati ini. Seseorang yang pernah menjadi teman dalam mimpi ku. Kerana dia, aku ke kota metropolis ini.. Aku mulai gentar. Jantung mulai berdegup laju. Bimbang mungkin. Bagaimana pandangannya terhadap ku nanti? Inilah pertemuan kali pertama kami setelah 3 tahun tidak bersua semenjak menamatkan pengajian di Universiti dulu. Dan kepalaku ligat berputar memikirkan persoalan dan tanggapan yang bakal timbul  dalam pertemuan kali ini. Adakah dia seperti dulu? Sama seperti yang aku kenali dari segi fiil dan sikapnya. Dan segalanya semacam payah untuk difikirkan. Aku membiarkan segala persoalan dan tanggapan yang buruk-buruk itu berlalu pergi. Pergi bersama angin senja yang kian menghambat waktu.
            Penantian sememangnya menyakitkan. Aku cuba untuk bersabar semampu yang mungkin. Hati mulai dipaut rasa resah. Mungkinkah pertemuan yang di rancangkan tidak menjadi kenyataan? Aku buangkan segala andaian jauh-jauh. Berfikir secara positif dan logik  adalah yang terbaik ketika waktu-waktu begini. Tiba-tiba sahaja telefon bimbit ku berbunyi mematikan  lamunan yang sedang memuncak. SMS darinya.
“Maaf aku lambat sikit. Kereta aku ada masalah. Harap kau tak marah. Dalam jam 8.00, aku sampai”. LIZA. Ringkas dan penuh dengan simbolik. Aku menggeleng-geleng kan kepala. Tanda kecewa. Aku cuba untuk menahan rasa kecewa yang kian menebal. Aku mengingati kembali isi SMS yang di hantar pada ku minggu lepas. Liza beria-ia meminta aku untuk datang menemuinya di Kuala Lumpur bertemu di Restoran segera MacDonalds.. Katanya ada ‘perkara besar’ yang ingin di bicarakan. Dan hari ini adalah harinya. Aku tidak ingin memikirkan ‘perkara besar’ yang ingin di sampaikan nanti.  Cuma aku kian kecewa dengan sikap Liza. Jam menunjukkan 7.30 petang. Aku segera keluar bergegas ke Puduraya mencari surau. Melaksanakan perintahNYA, tunduk mengagungkan kebesaran dan kehebatanNYA. Aku terasa tenang dan damai jauh di pelusuk hati. Aku benar-benar merasai nikmatNYA.
            Selesai solat, aku berdoa memohon di beri kecekalan jiwa agar dapat menghadapi hidup yang serba mencabar. Berharap juga agar pertemuan ini menjadi realiti dan segalanya lancar dengan izin maha Esa. Selesai berdoa, aku kembali ke MacDonalds menantikan Liza. Aku segera teringat kembali kisah silam kami berdua ketika di Universiti dulu. Bagaimana kami kenal, bagaimana kami menjadi kawan baik dan akhirnya aku sendiri jatuh cinta pada Liza. Bagaimana Liza menolak niat hati ku yang murni. Segalanya berputar bagai lembayung. Aku terluka dengan penolakkan Liza terhadap niat suciku. Lebih parah bila mengetahui hatinya kini milik seseorang. Menyembuhkan luka yang tampak di mata terlalu mudah. Tapi untuk menyembuh luka di hati mungkin sukar. Dan itu adalah fakta. Fakta yang tidak mungkin di padamkan kebenarannya. Hakikatnya, aku tidak pernah sembuh dari kelukaan tersebut. Aku mengakui bahawa aku masih punyai perasaan sayang pada Liza. Sama ada Liza menyedari atau tidak, aku tidak pasti. Aku hanya memiliki baying-bayangnya cuma. Tidak pernah sekalipun mampu memiliki hatinya. Dan setiap saat dan tika aku mengharapkan agar ada keajaiban muncul dalam hubungan kami. Tapi aku sedar segalanya adalah mustahil. Keajaiban itu hanya milik maha Esa. Aku sedar hal itu. Liza hanya menganggap aku cuma seorang kawan baiknya. Dan itulah seringkali diucapkan ketika di Universiti dulu. Segalanya tetap sama hingga kini. Dan aku tidak akan sesekali melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh Liza. Walaupun, batasan itu membuatkan aku derita.
            “Lama dah tunggu?”. Aku terkejut dengan sapaan tersebut.sekaligus mematikan lamunan. Liza tersenyum memandang kearah ku. Liza duduk di depan ku tanpa di pelawa.

  8.00-9.00 MALAM           
            Hujan tetap renyai. Serenyai perasaan aku ketika ini. Cuaca bertambah sejuk di luar. Para pelanggan semakin kurang di dalam restoran. Beberapa meja kelihatan kosong. Di tingkat atas; di mana aku dan Liza berada, Cuma kelihatan  sepasang pasangan Cina yang sedang enak menikmati hidangan yang di pesan. Kesenyapan mengigit kejap suasana. Aku membisu. Begitu juga Liza. Mungkin perasaan gementar masih lagi membaluti perasaan.
            “ Macam mana perjalanan tadi?” soal Liza. Suasana sunyi mulai berakhir.
            “Seronok. Mungkin sebab aku dah lama tak naik bas, aku menikmati setiap perjalan tadi”. Ujar ku. Aku melontarkan senyuman.
            “ Maaf pasal terlewat tadi. Kereta ‘buat hal’. Sebenarnya aku nak beritahu lebih awal, tapi aku terlupa. Maaf ya?”  Liza memberi penjelasan. Ada raut kekesalan di wajahnya.
            “ Tak mengapa, semua itu bukan kehendak kau. Lagipun perkara dah terjadi kan?” Aku cuba menggembirakan hatinya. Ternyata aku berjaya. Wajahnya beransur-ansur ceria. Segaris senyuman mulai terukir di bibirnya yang mugil.
            “ Aku tau, kau tak kan ambil hati pasal hal remeh macam ni. Itu sebabnya aku suka kawan dengan kau”, ujar Liza.
            “Jadi, apa perkara besar yang kau nak cakapkan pada aku?”. Aku mengerling ke   arah Liza. Dia tenang dengan pertanyaan aku. Setenang bulan yang bersinar di malam hari. Tiada reaksi. Aku kaget. Bimbang soalan ku tadi menyentap rasa emosinya.
            “ Habiskan hidangan dulu. Aku nak bawa kau pergi ke satu tempat. Mungkin kita boleh berbicara  di sana. Tempat ini tidak sesuai untuk perkara sebegitu. Liza bersuara dengan tiba-tiba. Bagaikan ada kuasa yang merasuki,aku patuh tanpa bicara. Segera menghabiskan hidangan yang masih bersisa.
            “Ke mana kau nak bawa aku ni?”. Soal ku. Liza mendiamkan diri. Menghabiskan makanan yang masih tinggal. Reaksi Liza itu membuatkan aku tertanya-tanya. Pelbagai-bagai soalan berlegar-legar  di kotak minda.  

10.00 MALAM- 6.00 PAGI  
           
            Bayu laut yang menghembus terasa dingin. Aku terpegun melihat keindahan pantai di malam hari. Cahaya dari tongkang-tongkang kecil milik nelayan berkelip-kelip. Seperti kunang-kunang yang menari-nari di dalam hutan. Aku menikmati keindahan ciptaanNYA dengan rasa syukur dan takjub. Pandangan ku beralih kepada Liza yang berada di sebelah. Ternyata dia juga menikmati keindahan sama seperti mana aku menikmatinya.
            “ Hidup ini tidak semudah yang kita sangkakan, betul?”. Liza membuka bicaranya. Sambil itu matanya tidak lepas-lepas memandang ke arah tongkang-togkang kecil di tengah laut. Bicara Liza membuatkan aku tersentak dari lamunan. Aku segera berminat dengan persoalannya.
            “ Itulah kehidupan. Tiada apa yang mudah dalam kehidupan. Hidup ini adalah pertembungan antara realiti dan fantasi. Dan selalunya realiti sentiasa melingkari hidup lebih dari fantasi,walaupun ada kalanya fantasi itu indah untuk difikirkan,” aku menjawab dengan tenang. Jawapan yang tidak disangka-sangka itu segera menyentap Liza. Dia berpaling kearah aku. Tersenyum.
            “ Sejak bila pula kau pandai berfalsafah tentang kehidupan ni?”. Liza melahirkan rasa kurang senang dengan jawapan aku tadi.
            “itu bukan falsafah. Tapi hakikat kehidupan yang mesti di tempuhi oleh setiap manusia,” ujar ku. Liza terdiam dengan kata-kata tersebut. Riak wajahnya seolah-olah mengakui kebenaran kata-kata yang terbit dari bibirku sendiri.
            “Kau lihat di sana; tanganku segera menuding ke arah tongkang-tongkang nelayan yang sibuk mencari rezeki di dalam kepekatan malam.
            “Mereka juga punyai impian untuk hidup dalam kesenangan. Impian yang serupa seperti orang lain”. Aku berhenti.seraya memandang Liza. Liza kelihatan memberi perhatian pada hujah ku. Dia agak terganggu dengan pandangan ku.
            “Teruskan kata-kata kau tu. Aku hairan kenapa kau bersikap skeptikal malam ni?. Kau bukan  seperti Zam yang aku kenal selama ni” Ujar Liza. Dia agak hairan dengan sikap ku itu.
            “Mereka ada impian dan fantasi sendiri. Mahu hidup mewah, ada banglo besar. Ada kereta dan mampu membahagiakan keluarga. Tapi itu Cuma impian dan fantasi yang tidak mungkin dapat digapai oleh mereka. Dan realitinya, mereka terpaksa menyabung nyawa, mencari penghidupan yang sempurna di mata mereka. Seperti mana sekarang. Aku mengakhiri kataku yang agak panjang.
            “Jadi maksudnya, setiap manusia itu punyai cita-cita dan impian seperti yang pernah mereka fantasikan atau fikirkan. Pada akhirnya, kita terpaksa berpijak pada kenyataan walaupun ia tidak seindah dan semanis yang kita sangka. Betul?”. Liza cuba metafsir simbolik dari kata-kata ku. Aku tersenyum.begitu juga Liza.
            Angin dari laut terus menerus bertiup lembut di pantai ini. Pantai ini mungkin memberi harapan kepada para penduduknya yang rata-ratanya adalah nelayan. Harapan dalam segala bentuk. Harapan untuk memajukan kehidupan mereka yang serba daif. Harapan agar generasi selepas mereka dapat menyambung perjuangan mereka dalam mencari rezeki di pantai ini. Harapan kepada masyarakat agar menghargai keindahan pantai ini dengan sebaik mungkin. Aku berfikir sendirian. Kerana itu jugalah pantai ini dinamakan Pantai Harapan. Mungkin juga. Siapa tahu. Liza kelihatan leka bermain di gigi air. Lakunya itu membuatkan aku ketawa kecil. Masih lagi keanak-anakkan. Tidak sepadan dengan usianya yang semakin matang. Aku bersantai di dada pasir,tidak jauh dari tempat Liza bermain. Aku segera mendekatinya. Rembulan yang tadi pucat di balik awan, kini bersinar megah menemani malam yang kian tua.
            “ Ada masanya kita perlu menjadi keanak-anakkan dalam sesuatu hal. Barulah hidup ini akan lebih bererti”. Ujar Liza setelah menyedari kehadiran ku. Mungkin juga dia dapat membaca apa yang terlintas di hatiku tentang dirinya itu. Aku tersenyum dengan kata-katanya.
            Aku berjalan menyusuri sepanjang pantai.beriringan dengan Liza. Dia kelihatan ceria sekali bercerita tentang kenangan semasa di Universiti dulu. Sesekali aku menyampuk percakapannya. Membuatkan rembulan makin tersenyum di balik awan. Setelah penat menyusuri pantai,kami berehat di dada pasir. Ketika ini aku bertanya kepada Liza.
            “Jadi apa perkara besar yang ingin kau beritahu padaku?”. Liza menghalakan pandangannya pada ku. Lama dia terdiam.
            “Aku akan bertunang hujung minggu depan”. Tutur Liza. Aku tersentap dengan kata-kata Liza. Tapi aku cuba menenangkan perasaan. Berpura-pura tidak ada apa yang terjadi.
            “Cuma itu saja? Tidaklah besar sangat. Aku gembira mendengarkannya”. Aku tersenyum. Aku tidak tahu mengapa aku tiba-tiba tersenyum mendengarkan berita itu, sedangkan hati benar-benar terluka dengan perkhabaran tersebut. Buat seketika aku tertunduk lesu. Memejamkan mata. Memaksa diri menerima hakikat bahawa penantian selama ini adalah sia-sia.
            “ Ada yang lebih besar dari itu yang ingin aku bicarakan”. Ujar Liza. Aku Cuma mendiamkan diri ketika ini.
            “Aku tahu, kau masih ada perasaan pada ku bukan?”. Liza segera mengalihkan pandangannya pada ku. Aku tersentak dengan pertanyaan yang tidak di duga itu.
            “Bertepuk sebelah tangan tidak mungkin akan berbunyi. Aku cuma berharap pada yang tidak pasti. Aku sedar hal itu.” Aku membalas kata-kata Liza.
            “Kalau kau sedar, kenapa masih berharap lagi?”. Pertanyaan Liza makin menyempitkan perasaan ku ketika ini.
            “Aku percaya bahawa pasti ada keajaiban di suatu hari nanti. Tuhan pasti akan menolong aku”. Ujar ku penuh keyakinan. Liza hampir menangis mendengar pernyataan  itu. Aku tahu dia terlalu kecewa dengan pernyataan tersebut. Dia terdiam. Kehilangan kata-kata.
            “Aku cuma anggap kau sebagai teman baik ku sahaja. Tidak lebih dari itu. Dan itu yang pernah aku katakan dulu. Hakikatnya tidak pernah berubah”. Ada kesayuan dalam nada suaranya. Aku mendengarnya dengan tenang.
            “Maaf…Aku terpaksa melukakan hati kau kali ini. Hati ini bukan milik kau. Harap kau memahaminya.” Liza menyambung kata-katanya. Membuatkan aku bertambah duka. Hati kecil ku kini menangis mendengar pernyataan Liza. Aku cuba menguatkan perasaan yang semakin sayu.
            “ Tidak mengapa, aku faham. Itu kata hati kau. Aku doakan yang terbaik buat kau.”. Aku melemparkan senyuman pada Liza. Sambil memujuk hati menerima rasa kecewa yang makin berombak-ombak di jiwa.
            “ Terima kasih. Aku sentiasa berharap kau akan berjumpa dengan seorang wanita idaman kau. Suatu hari nanti.”  Liza tersenyum riang.
            “ Aku benar-benar berharap agar kau dapat lupakan aku. Kita lebih sesuai untuk menjadi teman. Itu harapan ku.” Ujar Liza dengan penuh pengharapan. Aku diam membisu. Saat ini tiada apa ungkapan yang dapat aku lafazkan. Rasa pilu dan kecewa memenuhi segenap jiwa.
            “ Kau pernah dengar cerita Pungguk rindukan bulan?”. Aku menyoal Liza. Segera ku tanyakan soalan itu pada Liza. Liza kelihatan tertawa. Dia segera mengangguk-anggukkan kepalanya.
            “Pernah. Zam, kisah Pungguk itu cuma dongengan. Hanya cerita karut yang dibuat-buat. Mana mungkin Pungguk memiliki si Bulan yang jauh tinggi di awan. Jangan kata bahawa kau percaya cerita sebegitu”. Perli Liza padaku. Aku tersenyum dengan kata-kata Liza.
            “Cerita itu cuma punya makna tersirat. Cerita yang punyai kiasan. Kisah seseorang lelaki yang setia menanti wanita yang disayanginya kembali. Kembali menerima cintanya, walaupun dia sedar dia tidak mungkin memiliki hati wanita itu. Bukan cuma cerita karut semata-mata. Cerita tentang kesetiaan dan cinta suci seorang lelaki. Dongeng yang indah bukan?”. Ujar ku. Wajah Liza berubah dengan tiba-tiba. Masam. Sindirannya tadi berpatah kembali.terkena diri sendiri.
            “Zam. Tolong jangan  nak mulakan kembali pasal kita. Keputusan aku tidak mungkin berubah. Faham?”. Nada suara Liza mula berubah warna. Ada ketegasan dalam nadanya. Matanya merah menahan marah yang tiba-tiba meluap. Aku kembali terdiam.
            Bulan semakin pucat di balik awan. Suasana di pantai kelihatan sunyi. Sesekali terdengar desiran ombak memukul pantai. Tongkang-tongkang nelayan  sudah tidak lagi kelihatan. Mungkin para nelayan-nelayan itu telah kembali ke jeti membawa pulang rezeki masing-masing. Liza Cuma mendiamkan diri melihat pantai yang kosong dan sepi. Aku turut sama memerhatikan pantai yang kosong dan luas. Seperti kosongnya perasaan aku ketika ini.
            “Zam, cuba belajar untuk lupakan aku boleh?. Aku tahu bukan mudah untuk kau, tapi itu yang terbaik buat diri kau. Masa akan membuatkan kau lupa pada ku. Janji pada ku boleh?. Janji lupakan hasrat kau untuk memiliki aku.”. Liza merayu. Saat ini tangannya erat menggengam tanganku. Aku terkesima. Mulutku terkunci rapat. Kehangatan jari-jemarinya benar-benar membuatkan aku tiba-tiba sebak. Sebak dengan permintaan Liza yang sudah pasti payah untuk  aku tunaikan. Hati ku makin sebak merasakan eratnya genggaman tangan Liza. Tangan yang tidak mungkin dapat di kucup mesra atau digenggam erat seperti mana yang sering aku mimpikan dalam mimpi-mimpi tidurku selama ini. Aku pasti ini adalah pertemuan terakhir dengannya. Aku pasti. Aku tertunduk lesu. Tika ini, segala kata tidak lagi bermakna. Jiwa kian duka  tersungkur di pintu kasih. Aku cuma mengangguk lemah tanda setuju.
            “Harap kau akan mengotakan janji-janji itu.” Liza mengorak senyuman. Secantik mawar yang berkembang di pagi hari.
            “Kita akan tetap jadi sahabat sampai bila-bila Zam. Itu janji aku”. Sambung Liza. Saat ini aku berpaling merenungnya. Berfikir, mencari kebenaran kata-katanya. Apakah mungkin seorang wanita sepertinya. Yang hatinya bakal dimiliki oleh lelaki idaman hati, mampu menjadi sahabat kepada ku. Kesangsian mulai hadir di hati. Apakah kata-kata Liza sekadar pujukan untuk membaluti hati yang kian luka? Atau kata-kata itu lahir dari hatinya yang benar-benar tulus ikhlas sebagai sahabat. Semua itu menjengah fikiran ku ketika ini.
            Bulan kembali bersinar terang. Meloloskan diri dari kepungan sang awan. Terang cahayanya tidak jua mampu menerangi jiwa yang kosong dan hampa. Kedinginan malam kian terasa. Menghambat segala saraf. Aku masih lagi membisu.
            “Zam, aku ingin kau jadi seperti sang bulan itu”. Suara Liza mengejutkan aku. Lantas tangannya ditudingkan ke arah bulan yang memancar megah.
            “Bulan memancarkan sinarnya demi menemani malam yang penuh kegelapan. Mewarnai lukisan kehidupan semesta. Begitu juga sahabat. Sentiasa di sisi ketika di perlukan. Itulah kau Zam….”. Ujar Liza sambil senyuman terukir di bibir. Pandangannya segera beralih kearah bulan. Aku segera mendongak ke langit memandang bulan yang megah bersinar di dada langit. Kata- kata Liza sudah ku jangkakan.
            “Aku lebih suka jadi matahari”. Ujarku gurau. Aku tersenyum. Liza turut tersenyum.
            “Apa bezanya?. Dua-duanya sama. Menyinari alam ini. Bukankah itu sifat sahabat”. Liza memberi pendapatnya.  Kami tertawa bersama. Walaupun kecewa dengan kata-kata Liza, tapi itulah realiti yang pahit untuk diterima oleh hati.  Kadang-kala, melepaskan sesuatu yang ingin kita miliki adalah sesuatu perkara yang dungu. Namun, ada masanya lebih baik melepaskan dari memiliki kerana tidak semua yang kita miliki itu indah. Aku tiba-tiba bermonolog dengan hatiku sendiri. Aku dan Liza berjalan menuju ke kereta meninggalkan pantai Harapan yang semakin damai menanti sang pagi menunjukkan wajah. Aku pasti pagi nanti para nelayan akan kembali menjengah pantai ini. Seperti selalu.

6.00-10.00 PAGI           
            “Pukul berapa bas kau”?. Liza bertanya sebaik sahaja aku selesai membeli tiket.
            “Jam 6.30 pagi. Kenapa?”. Soal ku. Waktu ini orang tidak begitu ramai di Puduraya. Banyak kaunter tiket masih lagi belum di buka.
            “Saja aku tanya. Terima kasih Zam,” sambil tersenyum. Aku terkejut dengan ucapan yang tidak disangka-sangka itu.
            “Untuk apa?”. Aku menggaru-garu kepala ku yang tidak gatal.
            “Untuk malam yang indah. Kau sudi menemani aku. Sepanjang kita berkawan, semalam merupakan hari yang paling gembira buat aku. Aku akan sentiasa mengingatinya”. Ada keriangan dan kepuasan terlukis di wajah ayunya.
            “Aku pun begitu. terima kasih”. Aku mengukir senyuman.
            “Liza, aku banyak berfikir malam tadi. Berfikir tentang hal kita”. Kata-kata ku membuatkan Liza terperanjat.
            “Aku memikirkan kata-kata kau semalam.Mungkin itu yang terbaik buat kita”. Ujar ku. Liza diam. Dia kelihatan serius mendengar setiap patah kata yang ku tuturkan. Sejurus itu dia menghulurkan tangan untuk berjabat. Aku terpinga-pinga. Kurang mengerti dengan maksud Liza.
            “Sahabat?”. Tutur Liza. kegembiraan jelas terpancar di matanya. Seketika itu aku memahami maksud Liza.Aku segara menghulurkan tangan untuk berjabat.Aku tersenyum mesra.
            “Ya, sahabat buat selamanya.” Kata ku. Kami tersenyum.
            “Selagi ada matahari menyuluh alam, dan selagi bulan setia menemani malam. Persahabatan ini akan sentiasa kekal”. Liza bersuara.  Hentian Puduraya mulai sibuk. Kaunter-kaunter tiket mulai dibuka. Orang kelihatan berpusu-pusu membeli tiket menuju ke destinasi yang diinginkan. Aku  dan Liza segera bergerak ke tangga platform menuju ke deretan bas yang sedia menunggu para penumpang.
            “Jadi, sampai sini saja ‘pengembaraan’ kita kali ini”. Liza menghulurkan tangan untuk berjabat. Tanda selamat jalan dari seorang sahabat.
            “Tidak. ‘Pengembaraan’ kita baru saja bermula.Gurau ku. Tiba-tiba lengan ku terasa pedih. Liza mencubit lenganku. Mungkin geram dengan seloroh ku. Mukanya masam. Aku ketawa melihat wajahnya itu. Sebelum aku menaiki bas, Liza sempat berbisik sesuatu.
            “Zam, tiada sesuatu yang berharga dalam hidup ini melainkan mendapat seorang sahabat sejati. Aku benar-benar bersyukur kerana Tuhan mengurniakan kau sebagai anugerahNYA kepada ku.” Bisik Liza.
            Bas bergerak perlahan-lahan meninggalkan Hentian Puduraya. Aku memandang ke luar tingkap bas. Liza melambai-lambaikan tangannya. Aku membalas lambaiannya. Ada garis-garis duka diwajahnya. Setitis dua airmatanya tumpah membasahi pipinya. Dan wajahnya Liza kian menghilang setelah bas mulai meninggalkan Puduraya. Aku terharu dengan Liza. mungkin jua aku terharu dengan keikhlasan hatinya yang tidak pernah ku cuba untuk fahami. Mungkin jua terharu kerana ini merupakan pertemuan kali akhir sebagai sahabat. Mustahil buat aku untuk bertemu Liza lagi. Aku bertambah terharu bila mengenangkan ‘kebodohan’ yang aku cipta sendiri. Bodoh kerana cuba menagih cinta dari seorang perempuan yang hatinya  mustahil untuk dimiliki. Sedangkan dia benar-benar ikhlas dan setia dalam persahabatan. Aku segera bersandar. Merehatkan badan yang di serang keletihan. Memejamkan mata.,seraya berdoa di dalam hati
            “Ya Allah, Kau berkati dan rahmatilah persahabatan kami ini. Jadikanlah persahabatan ini kekal sehingga hari kami menghembuskan nafas akhir  kelak. Amin. Bas meluncur laju meninggalkan Kuala Lumpur. Kata orang persahabatan dan cinta itu adalah dua perkara yang berbeza dalam kehidupan ini. Kedua-duanya sama penting dalam hidup ini. Hidup tidak akan sempurna tanpanya. Entah! Bagi aku, kedua-duanya adalah sama. Nilainya punyai pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia. Apa pun, aku mengerti bahawa cinta bukan mudah untuk dipaksa. Persahabatan pula akan berkembang mekar andainya sentiasa bersifat tulus, ikhlas dan jujur. Aku terlena di dalam bas yang meluncur laju.

Monday, January 17, 2011

RaHSiA DaHi

 
Rahsia tetap rahsia??eh...tidak semestinya ,tidak semua rahsia tetap akan menjadi rahsia selamanya....kamu nak kenal lebih rapat dengan si dia yang menjadi pujaan hati kamu selama ini?Tenung, kaji & amati si dia betoi betoi kerana kita akan bongkar rahsia dia menerusi dahi!!!


DAHI LEBAR

Ciri2 : saiz dahi XL, lapang lagi luas mata memandang .
Faktor2 Best : Tidak suka 'port' tentang hal peribadi orang lain,berjimat cermat.
Faktor2 kureng : Sering disalah anggap sombong kerana berat mulut untuk memulakan bicara.

DAHI DENGAN JUNTAIAN ANAK RAMBUT

Ciri2 : rambut terjuntai seolah menetupi dahi
Faktor2 Best : pemurah dari segi tenaga , wang ringgit @ apa saja.
Faktor2 kureng : Mudah cair dengan pujuk rayu, sering diambil kesempatan.

DAHI BENTUK HATI

Ciri2 : Bentuk seakan huruf 'M'
Faktor2 Best : murah rezeki, kreatif kerana suka berfikir dan berimaginasi.
Faktor2 Kureng : Tidak suka pegang tanggungjawab, tidak pandai simpan rahsia

DAHI JENDOL

Ciri2 : dahi menonjol. permukaan luas
Faktor2 Best : BNertanggungjawab, rajin, aktif, cerdas lagi bijaksana
Faktor2 Kureng : kurang keyakinan pada diri sendiri .lagi satu kalau
bercinta,tak ingat dunia.jiwang karat!

DAHI BERSEGI

Ciri2 : Berbentuk seakan petak
Faktor2 Best : Tekun, rajin, mudah beri tumpuan terhadap sesuatu.
faktor2 kureng : dah lah tak pandai bersosial, pilih bulu lak tu

DAHI SEMPIT

Ciri2 : Bersaiz S, penuh dengan anak rambut.
Faktor 2 Best : Sangat berdikari, tidak mudah putus asa ,cerdik.
Faktor2 kureng : yang nie tak banyak kelemahan....sukar mencari pasangan
idup.

Terbongkarlah satu rahsia disebalik dahi, nampak gayonya, lepasnie kenalah cover sikit kalau nak keluar, nanti orang tahu lak rahsia kita!
****apapun ini hanyalah hiburan semata mata yang disampaikan dari mulut ke mulut sejak berdekad lalu...*****


Sunday, January 16, 2011

Air Mata Keinsafan


Selesai Solat Maghrib berjemaah, Iman terus mencapai Al-Quran dan Terjemahan hadiah dari seorang temannya. Lafaz kesyukuran diungkap perlahan kerana masih ada insan-insan yang sudi berhimpun untuk mengabdikan diri padaNya. Sue, Rina, dan Yasmin antara insan yang setia berhalaqah di tengah-tengah ruang 'bilik study' itu sambil menunggu kedatangannya untuk memulakan sessi tazkirah.
" Hari ni akak bacakan tafsir surah Al-Syarh ye. "
" Ha...cuba Sue perhatikan ayat 5 dan 6. Kenapa Allah SWT ulang ayat sesungguhnya setiap kesusahan ada kesenangan sebanyak dua kali? "
" Hurm..kenapa ye akak? Sue tak pasti la. "
" Cuba gabungkan dua ayat tadi. Sebenarnya di sebalik ayat itu, nak jelaskan kat kita bahawa setiap kesusahan ada kesenangan dan setiap kesenangan pasti diuji dengan kesusahan. "
" Owh..faham..faham. Maknanya kita tak boleh mengeluh la bila ditimpa kesusahan.. Iye Kak Iman? "
" Ha'ah Min, dan kita juga tak boleh terlalu gembira dengan kesenangan sebab di celah-celah kesenangan, ada kesusahan yang menanti . "
Iman meneruskan penerangan tentang ayat-ayat di dalam surah itu.
***
Selepas sessi tazkirah.
" Kak Iman, malam ni betul ke Madam Suzila nak buat sport check? "
" Ha'ah..insya Allah. Akak dengar-dengar macam tu la. "
" Nasib baik kita tergolong dalam golongan sami'na wa ato'na kan kak? Tak payah susah-susah. "
" Betul tu Sue, tak payah susah payah kita nak sembunyikan barang terlarang. "
Tergelak kecil Iman mendengar istilah yang selalu mereka gunakan untuk golongan yang selalu mengikut peraturan itu.
Sami'na wa ato'na atau dalam Bahasa Melayu bermaksud kami mendengar dan kami mengikut.
" Malam ni tentu ramai la Sister yang macam cacing kepanasan kan. "
" Ada-ada je Rina ni kan. Biar lah diorang dengan cara diorang. Semua dah besar, boleh fikir mana yang baik, mana yang buruk. Eh, dah azan Isya' tu. Jom solat! "
***
Di dalam bilik.
" Aish..pelik semacam je si Fiqa ni. Tak pernah aku tengok dia macam ni. "
Iman bermonolog sendiri tatkala melihat Afiqa, ahli biliknya yang tekun mengaji sewaktu dia masuk ke dalam bilik untuk menyimpan telekung sembahyang.
" Hurm..Husnuzon. Mungkin dia dah dapat hidayah Allah SWT. Alhamdulillah. Patutnya aku bersyukur, bukannya fikir bukan-bukan." Iman menyalahkan dirinya.
" Woi Fiqa.. lama mana lagi ko nak berlakon tu..? Aku tengok dari tadi kau asyik pegang je Al-Quran tu. Bukannya nak baca pun! " Zira di atas katil menegur.
" Eh, kau diam sikit boleh tak. Kalau Kak Iman dengar, habislah aku. Aku tengah sabar la ni. Madam belum datang lagi. Macam mana aku nak berhenti berlakon ? "
" Hahaha..padan muka ko. Tu la, ambil lagi risiko. "
***
5 minit selepas itu.
" Assalamualaikum. Boleh Madam masuk?
" Waalaikumussalam. Eh, Madam..masuk la. "
Lantas Iman, Rina, Yasmin, Sue dan Zira mendapatkan Madam untuk menyalami beliau sebagai tanda hormat.
" Bagus ye bilik ni, bersih je. Boleh Madam nak buat checking? "
" Boleh madam, silakan. "
Rina selaku Mushrifah bertindak mengiringi Madam suzila.
" Awak nama apa? Boleh tanggalkan telekung tak? "
" Er..er...er...kejap ye Madam. "
Muka Fiqa mula berubah. Dia tidak menyangka taktiknya tidak berjaya.
" Sis Afiqa..sini kejap. Boleh Madam bincang dengan kamu? "
Yasmin dan Sue tersengih-sengih melihat Fiqa kantoi di tangan Madam.
" Masya Allah. Patutla aku tengok dia khusyuk sangat baca Al-Quran sambil pakai telekung sembahyang. Nak sembunyikan rambut karat dia dari Madam rupanya. " Iman mengeleng kepala.
Hatinya sedih sekali. Dia rasa terpukul dengan pebuatan Afiqa tadi. Seolah-olah menghina kemuliaan Al-Quran dan solat. Sebelum ini, sudah beberapa kali dia cuba menasihati Afiqa atas perbuatannya itu tetapi nasihatnya itu ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Hati Afiqa mungkin masih keras untuk menerima nasihat orang ataupun egonya diletakkan ditahap yang paling tinggi.
Iman merasakan dia masih kekurangan cara untuk menjadi seorang Da'ie. Tetapi melihatkan perbuatan Afiqa tadi hatinya tercalar. Bukan kerana kepentingan diri sendiri tapi dia terguris dengan perbuatan Fiqa yang menggunakan kesuciaan Al-Quran dan memakai telekung untuk menutup kesalahannya itu daripada pandangan mata seorang manusia biasa.
Dari jauh, dilihat Fiqa sedang menangis. Mereka tidak mahu mendengar butir bicara antara Fiqa dan Madam Suzila. Kemudian Madam keluar daripada bilik mereka. Iman menggunakan saat itu untuk membimbing teman sebiliknya itu.
" Fiqa, boleh akak duduk sini? " Iman cuba menyapa lembut.
Fiqa hanya mampu mengangguk sambil menyapu kesan air mata yang membasahi pipinya itu.
" Boleh akak tau kenapa Fiqa warnakan rambut? Sebenarnyakan, sejujurnya akak cakap, akak nampak Fiqa lagi cantik dalam keadaan natural. "
" Fiqa terpengaruh kak. Kawan-kawan Fiqa kat luar semua macam ni. Keluarga Fiqa sendiri pun macam ni jugak. Macam mana Fiqa nak jadi baik. "
Afiqa menjawab perlahan tetapi Iman dapat merasakan nada penyesalan yang lahir dari sekeping hati yang suci milik Nurul Afiqa itu.
" Ok..akak faham keadaan Fiqa. Sebenarnyakan Fiqa, Fiqa kena bersyukur datang sini tau. Kalau Fiqa tak ditegur hari ni mungkin Fiqa masih lagi khayal dengan dunia luar yang penuh pancaroba tu. "
" Terima kasih kak. Tak tahu kenapa sekarang Fiqa rasa tenang sangat. Fiqa tau, Fiqa dah buat salah dan memang Fiqa menyesal sangat-sangat dengan perbuatan-perbuatan Fiqa dulu. Minta maaf ye Kak Iman sebab Fiqa tak pernah dengar teguran akak dan Kak Rina selama ni. "
" Takpe. Setiap yang Allah SWT tetapkan ke atas kita pasti ada hikmah. Yang penting, setiap penyesalan kita mesti diikuti dengan perbuatan kita yang baik, berazam dan berubah. Itu yang paling utama. "
" Insya Allah Kak Iman. Akak, tolong Fiqa ye. " Afiqa mula melakarkan senyuman.
" Boleh..boleh.. Insyaallah. Akak akan tolong sedaya mampu. Lagi satu, Fiqa kena ingat. Selagi kita tak lupakan Allah SWT insyaallah, Dia takkan lupakan kita. Semakin kita ditimpa ujian yang kadang-kadang membuatkan kita terduduk kaku,hati merintih hiba, itu tandanya kasih sayang Dia semakin kuat untuk kita. Lagipun Allah SWT telah berfirman bahawa Dia tidak akan membebani hambaNya melainkan apa yang termampu dipikul oleh hambaNya itu. "
" Terima kasih sangat-sangat Kak Iman sebab masih tolong Fiqa walaupun Fiqa dah buat macam-macam dalam bilik ni. "
Lantas dipeluknya Iman dengan erat. Setulus ikatan seorang muslim terhadap saudaranya.
***
5.45 am. Iman masih lagi berteleku disamping Al-Quran kesayanganya itu. Dia menunggu kedatangan ahli biliknya yang lain untuk mengimarahkan lagi suasana bilik mereka.
Derap langkah di belakangnya itu semakin hampir. Yasmin barangkali. Fikir Iman di dalam hatinya.
Dia duduk menyebelahi Iman selepas sejadah dihampar halus.
" Akak, nak solat sekali boleh? " Sapa Fiqa.
Terkejut Iman melihat kehadiran Fiqa disisinya.
" Eh..apa pulak tak bolehnya. Kita tunggu yang lain-lain sekejap ye. "
Afiqa mengangguk sambil tersenyum. Hati Iman berbunga ceria.
" Ya Allah, mudahnya Kau bukakan hatinya. Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang terhadap hamba-hambaMu ini. Tetapkan hati-hati kami di atas jalan yang lurus ini. Janganlah Kau pesongkan hati-hati suci ini sesudah hidayahMu mengunjungi. Amin. "
Hati kecil Iman tersenyum lagi.


Saturday, January 15, 2011

SAAT RINDU BERBISIK

Selepas pulang dari kerja, Nurul cepat-cepat mempersiap diri lalu ke dapur untuk menyediakan makanan sebelum suaminya pulang dari kerja. Ikan bawal masak merah kegemaran suaminya bakal terhidang.
15 minit kemudian pintu dibuka dari luar. Nurul berlari-lari anak menuju ke pintu dan menyambut kepulangan suaminya dengan salaman dan senyuman yang paling manis.
“Abang dah balik? Rindu sayang tak? Hehe...
”Haris tersenyum mesra sambil mencium ubun-ubun Nurul.“Mestilah abang rindu isteri abang...” Jawapan itu cukup untuk membuatkan Nurul berasa sangat bahagia.
Begitulah rutin harian mereka semenjak empat tahun lebih mereka mendirikan rumahtangga. Tanpa rasa jemu, tanpa rasa kekurangan kasih sayang walau sedikit pun. Walaupun mereka masih belum mempunyai cahaya mata, namun mereka tidak pernah berasa perkahwinan mereka kosong. Sudah banyak kali mereka berusaha, tetapi mungkin kerana rezeki masih belum berpihak kepada mereka berdua.

“Ris…aku tengok kau ni dah dekat lima tahun kahwin tapi masih takde anak lagi. Bila kau nk dapat gelaran ayah ni?”…Haris cuma mengerutkan keningnya.
”Aku bukan tak usaha Man, tapi tak ada rezeki kami lagi. Aku dah check kat hospital, doktor kata kami tak ada masalah tetapi rahim Nurul tak kuat untuk mengandung, mungkin sebab tu kami belum dapat anak lagi. InsyaAllah, kalau ada rezeki ada la, aku akan usaha lagi. Semua rezekikan daripada Allah...”,Haris menjawab panjang.
“Tapi Ris, sampai bila? Aku rasa tak ada salahnya kau cuba dengan org lain, bukannya kau tak mmpu kahwin lain. Kau ada pangkat, gaji besar...Lagipun Suri tu, aku tengok macam sesuai sangatlah dengan kau...”, Norman mengusulkan cadangannya.
Cuti sekolah menjelang tiba. Seperti biasa Haris dan Nurul akan pulang ke kampung untuk melawat orang tua Haris. Nurul pula merupakan seorang anak yatim piatu sejak dia kecil lagi. Seperti biasa, buah tangan untuk mentua tidak pernah dilupakan Nurul.
Sampai sahaja di rumah Haris, kedua-dua mertua Nurul menyambut kepulangan mereka seperti kebiasaannya. Tiba-tiba ibu mertuanya bertanyakan soalan yang selama ini memang sering meniti di bibir ibu mertuanya itu. ”Hai Nurul..tak besar-besar lagi perut tu? Bila nak ada isi?”, ibu mertuanya tersenyum sinis menantikan jawapan daripada Nurul. Nurul hanya tersenyum, walaupun hatinya berasa sangat sedih.
“Tak ada rezki lagi mak...”, jawabnya pendek. Nurul terus ke dapur menyiapkan makanan tengah hari kegemaran mentuanya memandangkan hari sudah pun lewat petang.
Di ruang tamu, ibu dan ayah Haris merenung Haris dengan penuh harapan. ”Ris, mak bukan nak paksa kamu, tapi mak dan ayah dah tua nak, kamulah satu-satunya anak kami. Kalau boleh mak dan ayah ingin menimang cucu sebelum kami menutup mata...”, ibu Haris memulakan bicara apabila kelibat Nurul mula menghilang ke dapur.
Haris mengeluh panjang. ”Kami dah cuba mak, tapi tak ada rezeki lagi...”, jawab Haris. “Mak tahu Ris…Nurul memang menantu yang baik, lemah lembut, sopan santun, rajin, dan mak tahu kamu sayangkan dia. Tapi mak harap sangat dapat tengok zuriat kamu sebelum mak dan ayah menutup mata. Kamu cubalah nasib dengan orang lain pula, mungkin dapat siapa tahu…”, ibunya memberikan cadangan. “Tengoklah macam mana mak…”, Haris menjawab dengan acuh tidak acuh.
Semenjak pulang dari kampung, fikiran Haris bercelaru. Banyak perkara yang bermain dalam fikirannya yang menyebabkan perasaan serba salah menguasai diri. Kata-kata sahabatnya dan ibunya mula terngiang-ngiang di telinga.
Nurul mula melihat perubahan pada diri suaminya. Haris mula menjauhkan diri daripadanya. Tiada lagi gurau senda mahupun kata-kata romantis yang meniti di bibir haris setiap hari seperti hari-hari sebelum ini. Haris juga sudah mula pulang lewat malam dan jarang bercakap dengannya. Nurul kian merindui suaminya yang dahulu.
Perasaan sedihnya disimpan jauh di sudut hati. Tanggungjawab sebagai seorang isteri tetap dilaksanakan seperti biasa. Nurul tidak jemu menyedikan makanan buat suaminya walaupun terkadang makanan itu langsung tidak dijamah oleh Haris. Hatinya kecilnya sering berbisik, “Abang...Nurul betul-betul rindukan abang...”, sambil matanya bergenang air mata kesayuan.
Di pejabat pula, Haris kini semakin rapat dengan Suri. Mereka mula keluar makan bersama dan kelihatan sentiasa berdua. Haris mula berniat didalam hatinya untuk memperisterikan Suri.
Suatu hari, ketika sedang mengemas ruang tamu, Nurul berasa pening dan hampir pitam. Badannya berasa sakit-sakit dan seperti hendak demam, Dia menunggu haris pulang untuk menghantarnya ke klinik setelah menelefon Haris untuk memberitahu tentang keadaannya.
Ketika Haris pulang, Nurul terus menyatakan hasratnya untuk ke klinik tetapi jawapan yang diterimanya cukup hambar. Haris menyuruhnya ke klinik sendiri atas alasan dia perlu menghadiri mesyuarat penting dengan majikannya. Namun sebaliknya, Haris sebenarnya sudah berjanji dengan Suri untuk keluar makan tengah hari bersama pada hari itu.
Dengan penuh kesedihan Nurul ke klinik dengan menaiki teksi kerana tidak tahan akan kesakitan yang dirasainya, kepalanya berdenyut-denyut. Selesai pemeriksaan doktor, Nurul berasa seperti tidak percaya apabila doktor mengesahkan bahawa dia telah mengandung dua bulan. Lantas dia memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga. Dia berasa tidak sabar untuk memberitahu Haris tentang berita gembira tersebut.
Nurul menunggu kepulangan Haris dengan penuh sabar, hatinya melonjak kegembiraan. Wajahnya menguntumkan seulas senyuman yang amat manis. Namun ternyata Haris tidak pulang ke rumah pada hari itu. Dia menanti penuh hampa.
Pagi besoknya, Nurul terdengar kereta Haris masuk ke perkarangan rumah. Dengan cepat dia bangun dari pembaringan dan keluar ke ruang tamu.
”Abang, abang ke mana? Kenapa tak balik malam tadi? Nurul rasa risau sangat...”, tanya Nurul sambil memegang erat jari-jemari suaminya itu.
”Tidur rumah Norman...”, jawab haris ringkas.
“Abang, sayang nak tanya sikit boleh?”. Haris mengangguk perlahan.
“Kenapa abang dah lain sekarang? Abang dah tak pedulikan sayang lagi…”, ada tangisan dalam kata-katanya tika itu.
Haris yang ketika itu masih dalam keadaan mengantuk mula berasa marah apabila mendengar pertanyaan Nurul.
“Kau nak tahu kenapa? Sebab kau tak dapat bagi aku anak, aku perlukan zuriat, aku nak jadi seorang ayah. Orang tua aku hendakkan cucu. Untuk pengetahuan kau, aku akan berkahwin lagi untuk dapatkan anak! Faham?”, Haris menjawab lantang dan kemudian bergegas ke bilik untuk mendapatkan beg pakaiannya dan mengambil beberapa helai baju untuk keluar dari rumah.
Bagaikan halilintar membelah bumi, Nurul terkedu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Haris. Ternyata berita gembira yang ingin disampaikan disambut dengan berita duka daripada suaminya sendiri. Haris bergegas keluar tanpa sempat mendengar kata-kata dari Nurul. Nurul yang terpana dengan kejadian tersebut berasa amat terkejut, dia jatuh terjelepok dan tidak sedarkan diri.
Di hospital, Nurul mula sedarkan diri selepas pengsan selama tiga jam. Haris yang berada disisinya dengan erat memegang tangannya.
“Sayang, maafkan abang…Abang tak tahu sayang mengandung.” Haris dengan penuh kesal mengucup tangan Nurul. Dia tahu sikapnya kebelakangan ini benar-benar mengguris perasaan Nurul. Haris benar-benar menyesal.
Nurul bernasib baik kerana jiran mereka yang ingin menziarahinya ketika itu terlihat dia pengsan di ruang tamu. Jika tidak, Haris tentu menyesal sampai bila-bila sekiranya apa-apa berlaku pada Nurul dan anak dalam kandungannya. Hati kecil Haris mengutuk dirinya sendiri kerana cuba menduakan Nurul. Betapa besar pengorbanan Nurul selama ini yang setia menjadi isterinya. Haris insaf.
Doktor menasihatkan mereka agar menjaga kandungan Nurul dengan lebih berhati-hati memandangkan rahimnya tidak cukup kuat dan anak yang dikandung Nurul adalah anak sulung. Haris membawa Nurul ke hospital sebanyak dua minggu sekali untuk pemeriksaan tekanan darah dan kandungannya.
Sembilan bulan ditempuhi Nurul dengan penuh kesabaran. Dalam diam, Nurul menyimpan rahsia yang amat besar tanpa pgetahuan Haris. Pada awal kandungannya, doktor sebenarnya tidak menggalakkan Nurul untuk melahirkan anak itu lantaran risiko yang amat tinggi bakal dihadapi. Namun Nurul tetap berkeras dan nekad melahirkan zuriat suaminya dan meminta doktor untuk merahsiakan dari Haris semata-mata untuk membahagiakan suaminya.
Di saat nurul berjuang untuk melahirkan anaknya, Haris menerima sepucuk surat yang ditulis oleh nurul sepanjang mengandungkan zuriatnya.
Abang…pada saat kita bahagia bersama, sayang adalah insan yang paling bertuah di dunia ini kerana dapat menjadi isteri abang. Namun, sejak abang mula menjauhi, sayang terlalu ingin menyatakan sesuatu yang sudah lama sayang pendamkan selama ini. Abang...sayang benar-benar rindukan abang. Sayang rindukan abang yang amat sangat. Andai sayang terkorban, abang jagalah anak kita dengan penuh kasih sayang seperti mana abang menjaga sayang selama ini. Abang, ampunkan segala dosa sayang dan halalkan makan minum sayang...Yang merinduimu, Nurul.
Air mata Haris bercucuran membasahi pipi saat dia membaca warkah tersebut dan ketika doktor datang memberitahunya bahawa Nurul sanggup berkorban untuk melahirkan anak itu walaupun dia tahu risikonya amat tinggi.
“Encik Haris, sebenarnya Puan Nurul sudah diberi pilihan sama ada ingin melahirkan anak ini atau tidak kerana mungkin salah satu nyawa akan terkorban. Tetapi Puan Nurul menyuruh kami agar mnyelamatkan anaknya berbanding drinya kerana katanya Encik Haris sangat-sangat inginkan anak ini.”
Haris terkedu mendengar penjelasan daripada doktor sebentar tadi, lidahnya kelu. Hatinya menangis.
“Ya Allah, selamatkan isteriku..aku tidak mahu kehilangannya ya Allah…Selamatkan jua zuriat kami ya Allah, Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pemberi...amin.”
Hampir enam jam Nurul berada di bilik pembedahan, akhirnya doktor keluar seraya mengucapkan kesyukuran dan tahniah kepada Haris.
”Tahniah Encik Haris, anak encik selamat, anak lelaki.”
“Alhamdulillah...”, Haris mengucap syukur.
“Isteri saya macam mana doktor?”
“Ermm..Ya, isteri encik juga selamat, syukur kepada Allah.”
Haris tunduk, ada butir-butir suci menitis keluar dari kelopak matanya, lafaz kesyukuran di ucapkan tanpa henti dalam hatinya, Dia terus berlari kearah isterinya.
Nurul yang masih lemah memandang Haris.
“Sayang...andai diberi pilihan, abang akan memilih untuk selamatkan sayang. Anak kita boleh usahakan lagi, tapi isteri seperti sayang, abang tak akan dapat cari pengganti sampai bila-bila, sayang terlalu istimewa. Terima kasih sayang...Abang cintakan sayang…”Haris mengucup ubun-ubun isterinya sambil memegang erat tangan Nurul.

Friday, January 14, 2011

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
For your eyes only!
Assalamu'alaikum w.b.t. dan Renungkanlah cerita ini.

Seorang wanita berjilbab rapi tampak sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.
Guru berkata,"Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah >"Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti.

Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".  Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang hak itu hak, yang batil itu batil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika."

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. "Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar." "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."
"Ini  semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."
Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya

Thursday, January 13, 2011

UMmI BirtHDaY

Today my UMMi birthday,
ku berdoa pada Allah supaya UMMI sentiasa berada dalam keadaan selamat di dunia dan akhirat..
semoga panjang umo dan dimurahkan rezeki...
insyaAllah...

Tuesday, January 11, 2011

SEKADAR RENUNGAN

Seorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yg berusia 7 tahun dimuka pintu.Anak: Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?Ayah: "Ya...nak tanya apa?"Anak: "Berapa pendapatan ayah sejam?"Ayah: "Itu bukan urusan kamu, buat apa nak sibuk tanya?" si ayah mula menengking.Anak: "Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?" si anak mula merayu.Ayah: "20 ringgit sejam, kenapa nak tahu?"Anak: "Oh..." si anak menjawab sambil tunduk ke bawah. Kemudian memandang wajah ayahnya sambil bertanya, "Ayah....boleh tak Amin nak pinjam 10 ringgit dari ayah?".

Si Ayah mula menjadi berang dan berkata, " oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah, kamu nak buat apa nak mintak sampai 10 ringgit ? nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan utk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik bilik dan tidur, dah lewat dah ni..."

Kanak-kanak 7 tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yg sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membukapintu.  Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah duit 10 ringgit ini", berkata si ayah.
Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terimakasih banyak ayah", katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yg sudah renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. "kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dan dari mana kamu dapat duit di bawah bantal itu?" jerkah si ayah.
Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "duit ini Amin kumpuldari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tidak cukup", jawab si anak perlahan."Tak cukup untuk beli apa??", soal balik si ayah."Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin rindu nak makan malam bersama ayah. ", jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya

Monday, January 10, 2011

MUhaSabaH UntuK DIrI

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya meutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung mesipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya ia telanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.




Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan, “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah. Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama, mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

Na’uzubillah, Ajirna minannar.

Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

“Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga lalai daripada mengingati Allah,”